Terma & Syarat

www.aam.org.my ialah laman web ( “Laman Web”) yang dikendalikan oleh Persatuan Automobil Malaysia (AAM) (“Pemilik Laman Web”). Pemilik Laman Web, termasuk subsidiari dan gabungan (atau “kami”) menyediakan maklumat yang terkandung di Laman Web ini atau mana-mana halaman yang merangkumi Laman Web tersebut untuk pengunjung (“Pengunjung”) (secara kumulatif dirujuk sebagai “anda” selepas ini) tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam terma dan syarat Laman Web ini, polisi privasi dan sebarang terma dan syarat, polisi dan notis lain yang relevan dan mungkin berkenaan dengan bahagian atau modul khusus Laman Web ini. Sila baca perjanjian ini dengan teliti. Dengan melayari, mengakses atau menggunakan Laman Web ini atau dengan menggunakan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang tersedia melaluinya atau dengan melakukan transaksi melalui atau di laman web ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan di bawah (yang semuanya dipanggil sebagai “Perjanjian”). Perjanjian ini dibuat antara anda dan kami.

Ketersediaan Laman Web

Persatuan Automobil Malaysia (AAM) boleh menggantung Laman Web ini untuk sebarang sebab sekalipun, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerja pembaikan, penyelenggaraan atau penaiktarafan terancang, dan kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang penggantungan sedemikian.
Persatuan Automobil Malaysia (AAM) berhak membuat sebarang perubahan kepada Laman Web kami atau untuk memberhentikan sebarang aspek atau ciri Laman Web tanpa notis.
Sekiranya Persatuan Automobil Malaysia (AAM), dalam budi bicara mutlaknya, percaya bahawa anda membuat sebarang penggunaan Laman Web yang menyalahi undang-undang dan/atau tidak dibenarkan, dan/atau penggunaan Laman Web kami oleh anda telah melanggar Terma & Syarat ini, Persatuan Automobil Malaysia (AAM) berhak mengambil sebarang tindakan yang difikirkan perlu, termasuk menamatkan penggunaan Laman Web oleh anda tanpa notis dan, dalam kes penggunaan yang menyalahi undang-undang, mengambil tindakan undang-undang.

Status Anda

Dengan menggunakan Laman Web kami, anda memperakui bahawa:

  1. Anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, usia minimum yang ditetapkan oleh undang-undang di mana anda menetap, dan layak dari segi undang-undang untuk libat dalam ikatan kontrak;
  2. Anda mempunyai hak, kuasa dan keupayaan untuk memasuki Perjanjian ini, dan anda bersetuju untuk mematuhinya. Sekiranya anda memasuki Perjanjian ini bagi pihak syarikat atau organisasi, anda mewakili dan menjamin bahawa anda mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak entiti tersebut dan mengikat entiti tersebut di dalam Perjanjian ini.
  3. Kontrak antara Anda dan Pemilik Laman Web

Selepas mendaftar keahlian baru, anda akan menerima emel daripada Persatuan Automobil Malaysia (AAM) mengesahkan bahawa kami telah menerima pendaftaran anda. Sila maklum bahawa ini tidak bermakna bahawa pendaftaran anda telah diterima. Semua pendaftaran adalah tertakluk kepada proses pengendalian, dan kami akan mengesahkan penerimaan pendaftaran dengan menghantar satu lagi emel yang mengesahkan bahawa kad keahlian anda telah dihantar (Pengesahan Penghantaran). Kontrak antara Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan anda (Kontrak) hanya akan dibentuk apabila Pengesahan Penghantaran telah dihantar.

Pembayaran Kad Kredit

Dalam transaksi kad kredit, anda dihendaki menggunakan kad kredit sendiri. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang penipuan kad kredit. Liabiliti menggunakan kad kredit secara penipuan adalah tanggungjawab pengguna dan tanggungjawab untuk “membuktikan sebaliknya” adalah secara eksklusif pada pengguna tersebut.

Tanda Dagangan

Tanda dagangan, nama, logo dan tanda perkhidmatan (secara kolektif “tanda dagangan”) yang dipaparkan di Laman Web kami merupakan tanda dagangan berdaftar dan tidak berdaftar Pemilik Laman Web. Tiada kandungan di Laman Web kami yang boleh ditafsirkan sebagai pemberian lesen atau hak menggunakan sebarang tanda dagangan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pemilik Laman Web.

Pautan Luar

Pautan luar mungkin disediakan untuk kemudahan anda, tetapi ia adalah di luar kawalan Pemilik Laman Web dan tiada pernyataan dibuat tentang kandungan dari pautan tersebut. Penggunaan atau pergantungan kepada sebarang pautan luar dan kandungan yang disediakan adalah atas risiko anda sendiri. Apabila melayari pautan luar, anda hendaklah merujuk kepada terma dan syarat yang digunakan di Laman Web luar tersebut. Anda tidak boleh mereka sebarang pautan hiperteks dari mana-mana Laman Web kawalan anda atau sebaliknya ke Laman Web kami tanpa kebenaran bertulis yang nyata terlebih dahulu daripada Pemilik Laman Web. Sila hubungi kami di mru@aam.org.my sekiranya anda ingin memaut ke Laman Web kami atau ingin meminta pautan ke Laman Web anda.

Kegunaan Khusus

Selanjutnya, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Laman Web kami untuk menghantar atau mencatatkan sebarang mesej atau bahan yang menyalahi undang-undang, mengganggu, bersifat fitnah, kesat, lucah, mengancam, merbahaya, kasar, menjelikkan, berorientasikan seks, bersifat perkauman, tidak senonoh, bersifat pornografi atau melanggar sebarang undang-undang yang berkenaan dan anda dengan ini melindungi kami daripada sebarang kerugian, liabiliti, kerosakan atau perbelanjaan dalam sebarang cara sekalipun yang mungkin dialami oleh kami atau mana-mana pihak ketiga yang disebabkan oleh atau berpunca daripada, sama ada secara langsung atau tidak langsung, penggunaan Laman Web kami oleh anda untuk menghantar atau mencatatkan sebarang mesej atau bahan sedemikian.

Penafian Liabiliti

Pemilik Laman Web tidak akan bertanggungjawab ke atas dan menafikan semua liabiliti untuk sebarang kehilangan, liabiliti, kerosakan (sama ada secara langsung, tidak langsung atau lanjutan), kecederaan atau perbelanjaan diri dalam apa cara sekalipun yang mungkin dialami oleh diri anda atau mana-mana pihak ketiga (termasuk syarikat anda), disebabkan oleh atau yang boleh dianggap berpunca daripada, secara langsung atau tidak langsung, akses dan penggunaan laman web kami, sebarang maklumat yang terkandung di laman web kami, maklumat peribadi anda atau syarikat anda atau bahan dan maklumat yang dihantar melalui sistem kami. Secara khususnya, Pemilik Laman Web mahupun sebarang pihak ketiga atau pembekal data atau kandungan tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa cara sekalipun kepada anda atau kepada mana-mana individu, firma atau perbadanan untuk sebarang kehilangan, liabiliti, kerosakan (sama ada secara langsung atau lanjutan), kecederaan atau perbelanjaan diri dalam apa cara sekalipun yang berpunca daripada sebarang kelewatan, ketidaktepatan, kesilapan dalam, atau sebarang tindakan yang diambil dengan bergantung kepada atau disebabkan oleh maklumat tersebut atau disebabkan kegagalan atau gangguan, atau penamatannya.

Pengguna Laman Web

Pemilik Laman Web tidak membuat sebarang jaminan atau pernyataan bahawa maklumat di laman web ini sesuai digunakan di sebarang bidang kuasa (selain daripada Malaysia). Dengan mengakses laman web ini, anda mengakui dan menyatakan kepada Pemilik Laman Web bahawa anda mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berbuat demikian dan untuk menggunakan maklumat yang tersedia di laman web ini.

Bukan Untuk Kegunaan Komersial

Semua kandungan di www.aam.org.my dilindungi oleh hak cipta dan dimiliki oleh Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Laman Web ini ialah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial sahaja. Anda tidak boleh mengubah, menyalin, mengedar, menghantar, memaparkan, mempersembahkan, mengeluarkan semula, menerbit, memberi lesen, mengeksploitasikan secara komersial, mereka kerja-kerja terbitan daripada, memindahkan, atau menjual sebarang kandungan, perisian, produk, atau perkhidmatan yang terkandung di laman ini. Anda tidak boleh menggunakan laman ini, atau sebarang kandungannya, untuk melanjutkan sebarang tujuan komersial, termasuk sebarang pengiklanan atau aktiviti penjanaan hasil pengiklanan pada laman anda sendiri.

Pendaftaran Pengunjung

Pengunjung dikehendaki mendaftar di Laman Web kami untuk menggunakan sesetengah perkhidmatan atau ciri yang disediakan di Laman Web tersebut. Apabila anda mendaftar, anda dikehendaki memberikan maklumat diri yang betul, tepat, terkini dan lengkap dalam semua aspek. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat anda, sila maklumkan kami dengan serta-merta menggunakan perkhidmatan automatik Laman Web. Kami mungkin menukar syarat-syarat pendaftaran dari semasa ke semasa.

Umum

  1. Keseluruhan Perjanjian – Terma dan syarat laman web ini membentuk rekod tunggal perjanjian antara anda dan Pemilik Laman Web berkenaan penggunaan Laman Web ini oleh anda. Anda mahupun Pemilik Laman Web tidak terikat oleh sebarang pernyataan tersirat, jaminan, janji atau sedemikian yang tidak direkodkan di sini. Melainkan dinyatakan dengan khusus sebaliknya, terma dan syarat laman web yang dinyatakan di sini menggantikan semua komitmen, perjanjian atau pernyataan sebelumnya, sama ada secara bertulis atau lisan, antara anda dan Pemilik Laman Web berkenaan penggunaan Laman Web ini.
  2. Pemindaan – Pemilik Laman Web boleh pada bila-bila masa mengubah suai sebarang terma dan syarat, polisi atau notis yang relevan. Anda memperakui bahawa dengan mengunjungi laman web ini dari semasa ke semasa, anda akan terikat kepada versi terkini terma dan syarat yang relevan (“versi terkini”) dan, melainkan dinyatakan dalam versi terkini, semua versi sebelumnya akan digantikan oleh versi terkini. Anda bertanggungjawab menyemak versi terkini setiap kali anda mengunjungi laman web ini.
  3. Pertikaian – Di mana sebarang pertikaian atau percanggahan muncul antara peruntukan terma dan syarat laman web ini dan sebarang terma dan syarat, polisi atau notis lain yang berkait khususnya dengan bahagian atau modul tertentu laman web ini akan digunakan berkenaan penggunaan bahagian atau modul laman web yang relevan.
  4. Penyerahan – Pemilik Laman Web berhak menyerahkan, melantik dan menugaskan semua atau mana-mana hak dan kewajipan berkenaan sebarang terma dan syarat, polisi dan notis yang relevan kepada mana-mana pihak ketiga.
  5. Pengasingan – Semua peruntukan bagi sebarang terma dan syarat, polisi dan notis, walau bagaimana pun ia dikumpulkan bersama atau dikaitkan mengikut tatabahasa, boleh diasingkan daripada satu sama lain. Sebarang peruntukan bagi mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis, yang tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana bidang kuasa, sama ada disebabkan terbatal, tidak sah, haram, menyalahi undang-undang atau untuk apa-apa sebab sekalipun, hendaklah, dalam bidang kuasa itu sahaja dan hanya setakat mana ia tidak boleh dikuatkuasakan, dikira sebagai tidak pernah ditulis (pro non scripto) dan peruntukan lain dalam mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis yang relevan hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya.
  6. Berkenaan – Sebarang terma dan syarat, polisi dan notis yang relevan akan ditadbir oleh dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia tanpa memberi kesan kepada mana-mana prinsip pertikaian undang-undang. Anda dengan ini bersetuju dengan bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia berkenaan sebarang pertikaian yang timbul berhubung laman web ini, atau mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis yang relevan atau sebarang perkara yang berkaitan dengan atau yang berhubung dengannya.
  7. Komen atau Soalan – Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, komen atau kebimbangan yang berpunca daripada laman web kami atau mana-mana terma dan syarat, polisi dan notis yang relevan, sila hubungi kami di mru@aam.org.my

Sila rujuk Polisi Privasi Persatuan Automobil Malaysia (AAM) untuk keterangan berkenaan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda.

Persatuan Automobil Malaysia (AAM)

225 Block 4, No 7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Section 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
T: +603 5511 1932
mru@aam.org.my

 

Back to top