Pengeluaran Dokumen Antarabangsa

Permit Memandu Antarabangsa (IDP)

Syarat-syarat:

  • Borang Permohonan (diperolehi di AAM)
  • Kad keahlian AAM
  • 2 gambar berukuran passport berwarna
  • Lesen memandu (mesti sah sepanjang tempoh IDP)
  • Yuran RM150.00

Setiap IDP adalah sah untuk (1) tahun sahaja. IDP hanya boleh dikeluarkan kepada pemohon yang memegang lessen memandu Malaysia yang sah, tanpa mengira kewarganegaraan pemohon. Pemengang lessen “P” tidak layan untuk memohon IDP.

Permit Edaran Antarabangsa (ICP)

Permit sementara bagi kenderaan berdaftar asing oleh pelancong yang ingin memandu di Malaysia. Sah selama 90 hari. Layak bagi pembaharuan pertama untuk tambahan 90hari lagi. Pembaharuan kedua hanya boleh diperolehi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Syarat-Syarat:

  • Kad pendaftaran kenderaan
  • Kad keahlian AAM yang sah
  • “Carnet de Passage”
  • Insurans Malaysia
  • Borang Permohonan dan Pengisytiharan
  • Dokumen yuran AAM


Carnet de Passage

Dokumen untuk pengecualian Duti Kastam. Cth: Jika kenderaan yang memasuki Malaysia, duti kastam akan dikecualikan jika dokumen ini disampaikan kepada pihak berkuasa.

Syarat-Syarat:

  • Kad Pendaftaran Kenderaan
  • Kad keahlian AAM yang sah
  • Surat kebenaran daripada Syarikat Kewangan (untuk kenderaan sewa beli)
  • Insurans Malaysia
  • Jaminan jurubank bersesuaian dengan nilai kenderaan (dikembalikan)
  • Dokumen yuran AAM

Bergantung kepada penggunaan, kenderaan itu perlu diperiksa untuk memastikan bahawa semua butir-butir kenderaan mematuhi yang dinyatakan di dalam Kad Pendaftaran Kenderaan.

Back to top