Keahlian Basic

Kami membantu walaupun ianya hanya kerosakan.
Kami menyediakan perkhidmatan tanpa mengira jangka hayat kenderaan anda.
Kami memberi jaminan seperti mana anda mahukan dengan bertindak pantas.

Faedah

  • Satu kali pembayaran, keahlian seumur hidup.
  • 2 kali perkhidmatan tunda setahun
    • Maksimum RM400 bagi setiap perkhidmatan tunda tanpa mengira destinasi di Malaysia
    • Lebihan jumlah adalah dibawah tanggungan pelanggan.
    • Sekiranya kos perkhidmatan tunda kurang daripada RM400, tiada pemulangan bayaran akan dilakukan.
  • Perkhidmatan pembaikan kecil serta merta
  • Penukaran tayar, penggantian tali pinggang kipas, penukaran bateri, fius dan lain-lain.
  • Kos alat ganti yang digunakan untuk perkhidmatan pembaikan kecil serta merta adalah dibawah tanggungan pelanggan.
  • Bantuan kerosakan 24 jam.
  • Percuma perkhidmatan penghantaran bateri AAM.

*Sila rujuk Buku Panduan AAM untuk pelbagai faedah. Bergantung pada terma dan syarat perkhidmatan.

Yuran Keahlian

Kategori 2500cc & kebawah 2500cc ke atas
Kakitangan Kerajaan RM45 RM95
Warga Emas (umur 50tahun ke atas) RM60 RM110
Dewasa RM80 RM130
Pelajar RM40 RM90
Korporat RM50 RM100

Peraturan dan Kaedah-kaedah

  1. Kad keahlian BASIC hanya layak bagi kenderaan persendirian.Kenderaan komersial berdaftar (seperti lori, trak, van, teksi, wagon dan sebagainya) tidak layak untuk menjadi ahli BASIC. AAM berhak menolak aktiviti menunda bagi kenderaan komersial ini.keahlian BASIC terbuka kepada mana-mana syarikat mahupun organisasi kenderaan berdaftar. Syarikat harus mempunyai alamat tetap dan mesti berdaftar di Malaysia. Semua kenderaan harus mendaftar di bawah pemilikan syarikat. Kenderaan komersial berdaftar (seperti lori, trak, van, teksi wagon dan sebagainya) adalah tidak layak untuk memohon menjadi ahli BASIC
  1. Pembatalan
    Tiada pulangan bayaran dilakukan jika berlaku pembatalan keahlian (Tiada pengecualian).
  1. Kehilangan Kad Keahlian
    Permohonan mengganti kad keahlian boleh dilakukan melalui pusat panggilan AAM pada RM 50.00 bagi setiap kad, yang akan di hantar ke alamat yang berdaftar. Anda juga boleh memproses permintaan anda di mana-mana pejabat AAM.
  1. Tempoh Pengaktifan
    Permohonan baru serta urusan pembaharuan ahli adalah tertakluk dalam tempoh 48 jam. Dalam tempoh ini, ahli tidak berhak kepada sebarang perkhidmatan yang disediakan.
  1. Penghantaran Kad Ahli
    Kad keahlian akan di hantar ke alamat berdaftar anda dalam masa 7 hari waktu bekerja selepas mengemukakan permohonan. Sekiranya anda gagal menerima kad keahlian anda, sila hubungi penjabat kami.
Back to top