Organisasi

85 Tahun Sejak 1932

Ditubuhkan pada tahun 1932, AAM sentiasa menjadi pilihan apabila berkenaan  bantuan automobil. Merupakan organisasi rasmi Malaysia bagi pemilik kenderaaan bermotor dan pada masa yang sama turut mempertahankan hak-hak pemandu jalan raya. Persatuan Automobil Malaysia juga sebuah badan kerajaan bagi sukan permotoran negara.

Organisasi ini menyediakan pelbagai perkhidmatan buat ahlinya, bermula dari bantuan 24 jam hinggalah bantuan teknikal bagi kerosakan yang dialami. Setiap ahli boleh meletakkan kepercayaan mereka terhadap AAM. Ini kerana segala perkhidmatan yang diberikan akan diuruskan dalam tempoh yang singkat. Bagi kerja pembaikan kecil pula, bukan sahaja masalah kerosakan akan pulih dengan serta merta, tetapi anggota kami yang berkhidmat dilengkapi dengan alatan lengkap. Seperti alat ganti untuk kenderaan model biasa.

AAM bergabung dengan organisasi permotoran antarabangsa dan kebangsaan yang merangkumi Alliance Internationale de Tourisme (AIT), Federation Internationale de Motorcyclisme (FIM) dan Federation Internationale de l’Automobile (FIA). Melalui gabungan antarabangsa, AAM menyediakan akses seperti perkhidmatan di beberapa negara kepada ahlinya.

Pesanan Pengasas: Tunku Mudzaffar Tunku Mustapha

Meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya sentiasa di dalam senarai keutamaan saya. Untuk keselamatan jalan raya yang menyeluruh, sudah tentu bermula dari setiap individu itu sendiri. Amat mengewakan apabila mengetahui kejadian kemalangan jalan raya sentiasa meningkat dan statistik menunjukkan bahawa sikap pemandu adalah punca utama berlakunya kejadian yang tidak diingini ini.

Sebagai pembantu automobil pilihan yang dipercayai oleh pelanggan, pihak kami ingin menyumbang peranan dalam memupuk perilaku baik terhadap keselamatan jalan raya. Ini merupakan perkara penting bagi mengurangkan jumlah statistik yang negatif itu. Sebagai permulaan, AAM akan terus berbakti dalam penyelenggaraan kenderaan dan mengalakkan permaduan secara selamat.

Selain dari menangani permasalahan kritikal, AAM juga berusaha penuh untuk mempelbagai. Kami ingin menyesuaikan diri dengan cepat dan menjadi fleksibel  dalam proses untuk menjadi pilihan yang  mantap di negara ini.

Misi

Untuk menjadi Persatuan Permotoran yang dinamik di Malaysia.

Visi

Mengekalkan kualiti dan perkhidmatan terbaik yang konsisten kepada keperluan ahli AAM.

Peristiwa Penting

1932

Ditubuhkan pada tahun 1932, AAM dikenali sebagai auoriti permotoran negara. Bertindak sebagai pihak rasmi bagi pemilik kenderaan Malaysia dan memperjuangkan hak-hak pemandu untuk tujuan keselamatan jalan raya.

1955

Perkhidmataan motosikal peronda pertama dicipta untuk memintas kesesakan lalu lintas dan memudahkan anggota kami sampai ke tempat kerosakan dalam tempoh masa yang singkat.

1970

Get-U-Home, perkhidmatan tunda dan pembaikan serta merta dengan kerjasama bengkel telah diperkenalkan.

1990

Get-U-Home, perkhidmatan tunda dan pembaikan serta merta dengan kerjasama bengkel telah diperkenalkan.

1990-2000

AAM telah menubuhkan 21 cawangan dan sokongan teknikal di seluruh negara.

2010

Menyediakan pusat automotif tanpa henti di kawasan tanah dan perolehi 5 kenderaan flatbed baru, 15 motosikal penyelamat dan 6 buah arena proton lori utiliti.

2016

Dato Asa Fan, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru.

2017

Memandang jauh untuk memberi perkhidmatan yang baik untuk tahun-tahun yang mendatang.

Pengurusan

Naib Pengerusi
En Wan Zaharuddin Wan Ahmed
Pemasaran/Hubungan awam/Insurans

Pengerusi
YM Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha
Sukan bermotor/ Hubungan antarabangsa

Ketua Pegawai Eksekutif
Dato’ Asa Fan

Ketua Pegawai Operasi
En. Andrew Yun

Ketua Eksekutif Kewangan
En. Ken Lee

Pengarah Strategi Perniagaan (Pantai Timur)
En. Dee Wong

Back to top