Polisi Privasi

 

Polisi Privasi ini menerangkan jenis maklumat peribadi yang dikumpul melalui pelbagai saluran online kami, cara maklumat tersebut digunakan, kepada siapa ia didedahkan, dan bagaimana ia dilindungi. Polisi ini digunakan hanya untuk maklumat peribadi yang dikumpul melalui www.aam.org.my, laman mobil atau laman mikro Persatuan Automobil Malaysia (AAM), yang dengan nyata menggunakan, dan memaparkan atau berhubung dengan polisi ini (secara kolektif “Laman Web” kami), melalui talian telefon sokongan kami, atau melalui halaman media sosial kami, seperti Facebook dan sebagainya. Polisi Privasi ini tidak merangkumi amalan sebarang laman web, perkhidmatan, syarikat atau individu di luar kawalan Persatuan Automobil Malaysia (AAM), walaupun ia mempunyai pautan dengan atau dari Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

Dengan “maklumat peribadi”, kami bermaksud maklumat peribadi anda (seperti nama, alamat rumah, nombor telefon dan alamat emel), dan kemungkinan maklumat deskriptif (seperti citarasa dan pilihan) jika digabungkan dengan maklumat pengenalan anda (“Maklumat Pengenalan Peribadi”). Kami mungkin merujuk kepada Persatuan Automobil Malaysia (AAM) sebagai “kami” di seluruh Polisi Privasi ini.

Apakah maklumat peribadi yang dikumpul dan bagaimana ia digunakan?

  1. Maklumat yang dikumpul secara terus daripada anda dan pengguna lain melalui Laman Web ini atau saluran online
    1. Kami mengumpul maklumat peribadi terus daripada anda untuk melakukan perkara-perkara yang lazim dikaitkan dengan Laman Web perdagangan elektronik dan mobil. Contoh maklumat yang dikumpul termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat emel, alamat, nombor lesen memandu, maklumat kenderaan, nombor kad kredit, maklumat demografi, dan jawapan kepada soalan tinjauan.
    2. Maklumat ini dikumpul di pelbagai bahagian laman kami: sebagai contoh, apabila anda mendaftar keahlian baru; mengemaskini maklumat peribadi; atau memohon penghantaran kad keahlian baru kepada anda.
    3. Kami mengumpul maklumat tentang anda dan, jika anda memberikannya, kami mengumpul maklumat tentang kenalan anda. Sebagai contoh, kami mengumpul maklumat perhubungan penerima anda untuk memproses penghantaran anda.
    4. Kami menggunakan maklumat yang dikumpul ini untuk tujuan:
      1. Memproses keahlian baru atas permintaan anda.
      2. Memproses kad keahlian anda.
      3. Memberikan perkhidmatan tunda.
      4. Memberikan perkhidmatan pelanggan.
      5. Memasarkan produk dan perkhidmatan kami.
  1. Maklumat yang diperhati atau dikumpul melalui teknologi
    1. Maklumat Navigasi dan Lokasi
      1. Apabila anda melayari Laman Web ini atau saluran online di mana polisi ini berkaitan, kami mengumpul maklumat navigasi, seperti jenis dan versi pelayar web, pengenalan pembekal perkhidmatan, alamat IP, laman dari mana anda tiba, dan laman yang dilayari dari laman web kami. Maklumat navigasi ini sebahagian besarnya adalah tanpa nama iaitu ia tidak mengandungi nama, alamat, nombor telefon, alamat emel atau maklumat lain yang mengenal pasti identiti anda. Walau bagaimanapun, kami mungkin mengaitkan maklumat navigasi ini dengan maklumat peribadi anda jika anda memberikannya. Apabila mengumpul alamat IP, kami juga mungkin dapat menentukan maklumat lokasi seperti bandar, negeri, negara, kawasan pemasaran yang ditetapkan dan pembekal perkhidmatan internet (ISP) yang digunakan. Kami juga akan mengumpul maklumat tentang jenis alat mudah alih yang anda gunakan apabila menyambung ke laman web mobil kami agar kami dapat menentukan versi laman web mobil yang terbaik untuk alat anda.
    2. Cookie dan clear gif
      1. Untuk pemahaman lebih baik tentang apa yang anda lakukan semasa di laman kami, kami menggunakan ciri pelayar yang dikenali sebagai cookie. Cookie ialah fail data kecil yang disimpan oleh pelayar web di komputer atau alatan anda. Ia digunakan untuk melakukan perkara seperti melihat bagaimana anda mengemudi Laman Web kami, dan mengingat anda dan pembelian online anda apabila anda kembali. Ia membantu kami memperbaiki laman kami, memberikan khidmat penjagaan pelanggan yang lebih baik, menyesuaikan pengalaman online anda, dan menyesuaikan tawaran untuk anda berdasarkan citarasa unik, lokasi dan/atau sejarah pembelian anda.
      2. Kami juga menggunakan clear-gif (juga dikenali sebagai Web beacon, pixel tag atau Web bug) di Laman Web kami, laman mobil, laman mikro, dan di halaman media sosial kami dan dalam emel kami. Clear gif merupakan imej grafik bersaiz piksel yang hampir tidak dapat dilihat di halaman Web, dokumen berasaskan Web atau mesej emel. Ia membantu kami melakukan perkara seperti melihat URL halaman di mana clear gif tersebut didapati dan masa bila laman Web kami atau emel tersebut dilihat. Clear gif dalam emel membantu kami mengesahkan penerimaan dan respons kepada emel kami, termasuk emel yang dimajukan kepada rakan dan keluarga anda; dan ia membantu menyampaikan pengalaman online yang lebih khusus.
      3. Secara keseluruhannya, teknologi ini digunakan untuk membantu kami melihat mana antara pengalaman interaktif kami yang paling digemari oleh pengguna online: sebagai contoh, dengan mengesan bilangan kali sesuatu video, widget atau media lain diakses atau dibenam di laman rangkaian sosial; dan di laman rangkaian sosial mana ia dibenam, berdasarkan pertanyaan yang dihantar ke Laman Web kami.
      4. Cookie dan clear gif juga membenarkan kami mengaitkan navigasi online atau maklumat transaksi anda dengan sebarang maklumat peribadi yang diberi atau yang sebaliknya dikumpul (seperti nama, alamat, nombor telefon, alamat emel, dan alamat IP). Kami mengaitkan maklumat ini untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan kepada anda; untuk meningkatkan perniagaan kami; untuk transaksi perniagaan; dan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan kami kepada anda pada laman ini dan Laman Web lain dan melalui pelbagai media seperti emel, pengiklanan mobil, dan mel terus. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan cookie untuk mengikuti item yang diletakkan di troli membeli-belah anda. Ia membantu kami menghubungi anda jika sesi online anda terganggu sebelum melengkapkan pembelian, menyebabkan anda mengabaikan troli anda. Kami juga boleh menggunakan teknologi ini untuk menentukan sama ada anda berminat mengambil bahagian dalam acara khas tertentu, berdasarkan pilihan-pilihan anda. Hasil akhir ialah pengalaman lebih khusus yang disesuaikan berdasarkan keperluan dan citarasa anda.

Apakah maklumat yang dikongsi dengan rakan niaga dan pihak ketiga?

  1. Kami berpegang pada komitmen untuk selalu menjaga keselamatan semua maklumat berkaitan pelanggan kami. Kami telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi anda daripada kerugian, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat peribadi di bawah kawalan kami. Sebarang maklumat peribadi yang anda berikan hanya akan digunakan untuk tujuan ia diberikan dan tidak akan ditambah ke mana-mana senarai mel pihak ketiga.
  2. Walau bagaimanapun, kami berhak mendedahkan atau melaporkan maklumat peribadi jika kami mempercayai bahawa ia diperlukan di sisi undang-undang, peraturan, panduan atau arahan (sama ada memiliki kuat kuasa undang-undang atau tidak), untuk bekerjasama dengan pegawai, badan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas kami, atau untuk melindungi perniagaan, hak atau harta kami.
  3. Kiriman kami dikendalikan oleh pembekal perkhidmatan pihak ketiga. Apabila kami membekalkan Maklumat Pengenalan Peribadi kepada pihak ketiga, kami meminta mereka menggunakannya hanya untuk tujuan mereka membantu kami.

Apakah pilihan anda?

  1. Kami ingin menyimpan maklumat peribadi anda yang tepat dan terkini. Anda boleh mengemas kini atau menukar maklumat berkenaan pembayaran dan penghantaran, dan maklumat akaun lain, dengan melog masuk ke laman kami.
  2. Jika anda menggunakan papan buletin kami, mencatatkan komen pengguna berkenaan kandungan yang tersedia melalui www.aam.org.my, laman mobil atau laman mikro Persatuan Automobil Malaysia (AAM), halaman media sosial kami, atau melibatkan diri dalam aktiviti serupa, sila maklum bahawa sebarang catatan anda boleh dilihat oleh umum. Sebahagian daripada profil pengguna anda juga boleh dilihat oleh pengguna lain laman web kami.

Bagaimana cara kami melindungi maklumat anda di laman kami?

  1. Semasa sesi di mana anda memberikan maklumat seperti nombor kad kredit, kami akan menyulitkan penghantaran anda menggunakan SSL (“Lapisan Soket Selamat”), dan teknologi sekuriti lain. Ini memberi perlindungan daripada pintasan maklumat semasa menggunakan Internet. Kami menyimpan Maklumat Pengenalan Peribadi yang anda berikan pada pelayan yang dilindungi oleh tembok api (firewall) dan kaedah teknologi lain daripada pencerobohan dan akses yang tidak dibenarkan. Ia terletak di kemudahan fizikal yang selamat, namun, tidak ada 100% jaminan keselamatan di Internet. Kami bergantung kepada anda untuk memilih kata laluan yang tidak boleh diteka dengan mudah dan untuk melindungi kata laluan tersebut daripada terdedah.

Perubahan kepada Polisi Privasi ini

Kami mungkin membuat perubahan kepada Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa atas sebarang sebab. Penggunaan maklumat yang dikumpul sekarang adalah tertakluk kepada Polisi Privasi pada masa maklumat tersebut digunakan. Jika kami membuat perubahan dalam cara kami menggunakan Maklumat Pengenalan Peribadi anda, kami akan memaklumkan anda melalui emel atau memaparkan pengumuman di laman web kami. Anda akan terikat kepada sebarang perubahan dalam Polisi Privasi apabila anda menggunakan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) selepas menerima notis perubahan tersebut.

Persatuan Automobil Malaysia (AAM)

225 Block 4, No 7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business Park, Section 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
T: +603 5511 1932
mru@aam.org.my

 

Back to top